Friday, 24 February 2017

Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat


Perkara ini berlaku pada semua peringkat umur; anak kecil, remaja hingga orang dewasa. Puncanya pun bermacam-macam, seperti adanya nanah di bahagian dasar gigi akibat jangkitan bakteria yang menimbulkan keradangan, gigi retak, susut gusi, kerosakan gigi yang mewujudkan lubang, tampalan gigi yang rosak serta gigi tumbuh bersilang.

Rasa sakit menjadi tidak tertanggung apabila jangkitan sudah sampai ke dalam sistem rangkaian saraf. Bahkan ada yang disertai masalah kesihatan lain seperti sakit kepala dan demam. Peringkat keparahan rasa sakit berbeza pada setiap orang. Menurut pola kemunculannya, rasa sakit akan timbul silih berganti, sekejap sakit, sekejap hilang atau secara berterusan. Pastinya sakit tersebut membuatkan hidup anda tak aman dan sukar tidur malam.

Anda mungkin berfikir untuk melakukan pemeriksaan doktor. Tapi terbantut kerana terbayang jarum yang bakal menyucuk gusi anda.

Daripada anda terus bingung memikirkan bagaimana menghilangkan rasa sakit tersebut, koreklah petua atau cara yang boleh digunakan dari keluarga atau teman rapat.

Daun Jambu

Daun jambu batu mempunyai kesan untuk menurunkan keadaan keradangan pada gigi. Tidak hanya itu, daun jambu juga  mempunyai sifat anti-mikrob dan analgesik yang boleh meringankan sakit gigi.

Terdapat 2 cara:

1) Kunyah daun jambu selama beberapa minit hingga                 kandungannya bekerja untuk menghilangkan sakit gigi.

2) Anda boleh merebus daun jambu hingga mendidih, dan         disejukkan dahulu. Campurkan dengan garam dan                 gunakan sebagai ubat kumur. 


Daun Bayam

Daun bayam tidak sahaja dimakan sebagai sayur yang tinggi serat, tetapi ia juga dicetuskan sebagai golongan tanaman hebat untuk sakit gigi anda. Lakukan rawatan sakit gigi sama seperti daun jambu batu. Bersihkan bayam mentah dan kunyah. Ini boleh dilakukan di rumah sambil berehat.

Esktrak Vanila

Rawatan sakit gigi juga boleh dilakukan dengan ekstrak vanila. Pernah dengar kaedah ini? Rawatan ini akan memberi rasa tenang pada gigi anda. Sediakan bola kapas, lalu celupkan ke dalam ekstrak vanila. Tampal atau sapukan pada kawasan yang sakit. Lakukan beberapa kali setiap hari untuk mendapatkan hasil terbaik.

Daun Teh Hijau

Teh hijau adalah minuman kesihatan bagi masyarakat India dan Cina. Daun teh hijau ternyata mempunyai kesan menyembuhkan sakit gigi, jadi jom cuba. Ini boleh berlaku kerana ia mengandungi asid tannic dan catechin yang mampu menguatkan gigi.

Petua hilangkan sakit gigi dengan daun teh hijau bermula dengan mencuci daun teh hijau, lalu mengunyahnya. Ini sama dengan rawatan memakai daun bayam atau jambu batu untuk kurangkan sakit gigi. Kunyahlah daun selama 5 minit dan boleh dilaksanakan 2-3 kali sehari.

Ubat Gigi

Ubat gigi yang biasa anda gunakan untuk menggosok gigi haruslah dengan kandungan yang lembut yang tidak banyak mengandungi zat yang kasar (merosakkan struktur gigi). Walaupun tujuan anda agar gigi menjadi putih, tapi bila jalan yang ditempuh salah maka hanya mengakibatkan sakit gigi. Cara berus gigi yang bagus pun ternyata ada panduannya, iaitu dengan tidak terlalu lama serta tidak menggosok gigi dengan kuat.

Alkohol

Mungkin anda tidak bersetuju, jadi jangan cuba petua ini. Jadikan sebagai info sahaja.

Alkohol berguna untuk kes sakit gigi. Ia akan menjadi ubat sakit gigi yang cukup berkesan. Berkumurlah dengan sedikit alkohol seperti vodka, scotch, atau wiski hingga rasa sakit pada gigi boleh reda secara beransur-ansur.

Timun

Siapa suka timun? Sayur berbentuk bujur dengan warna hijau muda ini termasuk ke dalam salah satu rawatan sakit gigi yang boleh dilakukan dirumah. Ia mempunyai kesan sejuk dan menenangkan pada kawasan sakit yang anda rasakan.

Potonglah timun menjadi beberapa bahagian yang berbeza, lalu tambahkan garam. Kunyah setiap bahagian secara bergilir-gilir. Bila sebelum melaksanakan rawatan ini, pastikan timun anda disimpan di dalam peti ais, keluarkan dan biarkan beberapa minit sehingga suhunya tidak berapa sejuk. Barulah digunakan.

Kentang

Kentang termasuk dalam makanan yang tinggi dengan karbohidrat yang boleh menggantikan fungsi nasi. Tahukah anda kentang adalah makanan yang mudah dicerna dan kaya dengan nutrisi. Dengan khasiatnya, mengunyah kentang mentah (dihiris kecil dahulu) dengan sedikit garam akan membantu meredakan sakit gigi.

Baking Soda

Baking soda sering dimasukkan ke dalam senarai bahan semulajadi untuk membantu menghilangkan sakit gigi. Sebenarnya ia bukan sahaja bagus sebagai ubat sakit gigi, tetapi juga untuk memperbaiki masalah pada kulit dan rambut.

Gunakan baking soda untuk hilangkan sakit gigi dengan cara mencampurkannya dengan air, lalu dicelupkan dengan kapas. Sapukan kapas pada kawasan yang terjejas.


Bilas Mulut Dengan Air Garam

Ini sudah menjadi rahsia umum bahawa sesungguhnya air garam adalah ramuan mujarab untuk menyembuhkan sakit gigi. Tapi kadang-kadang sebahagian orang mengeluh kerana ketika melakukannya gigi menjadi lebih sakit. Memang begitulah rasanya! Tapi yakinlah ini adalah petua hilangkan sakit gigi yang paling mudah yang boleh anda lakukan sebab garam itu banyak kelebihannya.

Selamat mencuba. Sekian terima kasih!

Thursday, 23 February 2017

Cara Yang Betul Mencuci Sayuran Sebelum Dimasak


Sayuran hijau wajib dicuci dan dibersihkan sebelum dimasak atau dimakan. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan segala kotoran yang mungkin berasal dari tanah, air, udara atau bahan kimia seperti pestisida dan sebagainya.

Proses pencucian sayuran sebenarnya dapat mengurangkan vitamin dan mineral yang ada di dalamnya tetapi jika tidak dicuci mungkin akan memudaratkan kesihatan. Tetapi jika dibasuh dengan cara yang betul akan dapat meminimumkan kehilangan nutrisi nya.

Tips Mencuci Sayuran Yang Baik

Salah satu cara mengurangkan pencemaran dari pelbagai bahan berbahaya untuk kesihatan adalah dengan mencuci semua sayuran yang akan dimasak. Barikut merupakan cara mencuci sayuran sebelum dimasak.

1. Cuci tangan dengan bersih. Cucilah tangan anda sehingga bersih sebelum menyentuh sayuran. Alirkan air pada             tangan, kemudian sabun dari pangkal hingga ke celah jari. Jangan lupa bersihkan kuku. Bilas hingga bersih, dan lap sehingga kering.

2. Pisahkan sayuran setiap lembar. Jika yang dibersihkan adalah sayur yang berdaun lebar, pisahkan satu persatu         bahagian daunnya. Buang dan bersihkan semua kotoran yang melekat pada sayuran. Jangan biarkan ada kotoran       seperti tanah, ataupun ulat yang mungkin masih tertinggal.

3. Cuci sayuran dengan air pada bahagian yang mempunyai banyak lubang yang dapat menjadi saluran keluarnya air. Cucilah sayuran tersebut satu persatu dengan air yang           mengalir. Elakkan mencuci secara mengumpulkan sayuran tersebut kerana hasilnya tidak optimum. Pasti           masih ada sahaja kotoran yang masih tertinggal. Jika terlihat sayuran yang sudah tua dan rosak, buang                   bahagian itu.

4. Hindari penggunaan cairan pembersih ataupun cuka. Kita sering terpengaruh dengan iklan pelbagai pembersih untuk     mencuci sayuran. Percayalah, sabun atau apa saja jenis pembersih termasuk cuka akan dapat meninggalkan               aroma yang tidak sedap pada sayuran. Yang dibimbangi, bahan pembersih dibuat dari bahan kimia dan tertinggal di     sayuran yang kita masak.


5. Keringkan dahulu sayur sebelum di masak. Tidak digalakkan dipotong atau dimasak terus selepas dibasuh.       Tunggulah sekitar 20 minit sebelum memasaknya. Dengan ini bakteria serta kotoran akan benar-benar menghilang         dari sayuran yang telah dicuci.

Cara Menghilangkan Peptisda & Bau Ubat Pada Sayuran

Kesalahan yang kerap kita lakukan adalah memotong sayuran terlebih dahulu sebelum dicuci. Sebenarnya ini adalah cara yang kurang tepat kerana ia dapat menghilangkan beberapa nutrisi dan senyawa ketika potongan sayuran disiram air. Air akan membawa nutrisi sayur tersebut bersama-sama.

Lebih baik kita memotong sayuran setelah dicuci dan mengeringkannya terlebih dahulu.

Elakkan juga mencuci dengan air terlalu lama. Ini bukan menjadikan sayuran menjadi bersih, malah membuat kandungan didalamnya bisa hilang. 

Untuk ulam, kupas dan bersihkan dahulu dengan air panas yang mengalir.

Terima kasih.