Thursday, 23 February 2017

Cara Yang Betul Mencuci Sayuran Sebelum Dimasak


Sayuran hijau wajib dicuci dan dibersihkan sebelum dimasak atau dimakan. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan segala kotoran yang mungkin berasal dari tanah, air, udara atau bahan kimia seperti pestisida dan sebagainya.

Proses pencucian sayuran sebenarnya dapat mengurangkan vitamin dan mineral yang ada di dalamnya tetapi jika tidak dicuci mungkin akan memudaratkan kesihatan. Tetapi jika dibasuh dengan cara yang betul akan dapat meminimumkan kehilangan nutrisi nya.

Tips Mencuci Sayuran Yang Baik

Salah satu cara mengurangkan pencemaran dari pelbagai bahan berbahaya untuk kesihatan adalah dengan mencuci semua sayuran yang akan dimasak. Barikut merupakan cara mencuci sayuran sebelum dimasak.

1. Cuci tangan dengan bersih. Cucilah tangan anda sehingga bersih sebelum menyentuh sayuran. Alirkan air pada             tangan, kemudian sabun dari pangkal hingga ke celah jari. Jangan lupa bersihkan kuku. Bilas hingga bersih, dan lap sehingga kering.

2. Pisahkan sayuran setiap lembar. Jika yang dibersihkan adalah sayur yang berdaun lebar, pisahkan satu persatu         bahagian daunnya. Buang dan bersihkan semua kotoran yang melekat pada sayuran. Jangan biarkan ada kotoran       seperti tanah, ataupun ulat yang mungkin masih tertinggal.

3. Cuci sayuran dengan air pada bahagian yang mempunyai banyak lubang yang dapat menjadi saluran keluarnya air. Cucilah sayuran tersebut satu persatu dengan air yang           mengalir. Elakkan mencuci secara mengumpulkan sayuran tersebut kerana hasilnya tidak optimum. Pasti           masih ada sahaja kotoran yang masih tertinggal. Jika terlihat sayuran yang sudah tua dan rosak, buang                   bahagian itu.

4. Hindari penggunaan cairan pembersih ataupun cuka. Kita sering terpengaruh dengan iklan pelbagai pembersih untuk     mencuci sayuran. Percayalah, sabun atau apa saja jenis pembersih termasuk cuka akan dapat meninggalkan               aroma yang tidak sedap pada sayuran. Yang dibimbangi, bahan pembersih dibuat dari bahan kimia dan tertinggal di     sayuran yang kita masak.


5. Keringkan dahulu sayur sebelum di masak. Tidak digalakkan dipotong atau dimasak terus selepas dibasuh.       Tunggulah sekitar 20 minit sebelum memasaknya. Dengan ini bakteria serta kotoran akan benar-benar menghilang         dari sayuran yang telah dicuci.

Cara Menghilangkan Peptisda & Bau Ubat Pada Sayuran

Kesalahan yang kerap kita lakukan adalah memotong sayuran terlebih dahulu sebelum dicuci. Sebenarnya ini adalah cara yang kurang tepat kerana ia dapat menghilangkan beberapa nutrisi dan senyawa ketika potongan sayuran disiram air. Air akan membawa nutrisi sayur tersebut bersama-sama.

Lebih baik kita memotong sayuran setelah dicuci dan mengeringkannya terlebih dahulu.

Elakkan juga mencuci dengan air terlalu lama. Ini bukan menjadikan sayuran menjadi bersih, malah membuat kandungan didalamnya bisa hilang. 

Untuk ulam, kupas dan bersihkan dahulu dengan air panas yang mengalir.

Terima kasih.



1 comment: