Wednesday, 30 November 2016

Apa Khasiat Yang Ada Dalam Petai



Terdapat 2 jenis petai :

1) Petai biasa atau ada sesetengah orang memanggilnya sebagai petai besar. Petai yang biasa di makan.

2) Petai belalang. Petai jenis ini saiznya lebih kecil kira-kira 10% daripada petai biasa.


Petai belalang


Petai



Manfaat petai:
  1. Menambah stamina tubuh. Petai mengandungi 3 jenis gula; sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ketiga-tiga jenis gula ini bermanfaat untuk menambah tenaga tubuh.
  2. Mengubati depresi. Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Serotonin ini memberi stimulus pada otak yang akan menyebabkan rasa tenang, memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.
  3. Menurunkan tekanan darah tinggi. Buah tropis unik ini sangat tinggi dengan kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk memerangi tekanan darah.
  4. Mencegah sembelit. Mengandungi serat yang tinggi, maka petai akan mempermudahkan dan menstabilkan kembali proses pencernaan, membantu mengatasi permasalahan ini.
  5. Mengatasi luka atau ulser di usus. Petai digunakan sebagai makanan merawat pencernaan kerana teksturnya yang lembut dan halus. Petai adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes yang kritikal. Buah ini juga mampu meneutralkan kandungan asid di perut dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan perut.
  6. Mengatasi stress. Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan di tubuh. Ketika kita stress, kadar metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangkan kadar kalium dalam tubuh. Ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.
Namun begitu mengambil petai yang berlebihan juga tidak baik, kerana cukup bahaya untuk ginjal, kerana banyak mengandungi asid amino. Ia juga menyebabkan bau yang tidak sedap pada air kencing. Asid amino kaya dengan unsur Nitrogen dan unsur Sulfur yang akan diubah menjadi gas menjadi Amoniak (NH3) dan Hidrogen Sulfida (H2S) yang akan menghasilkan kentut.

Seperti yang diketahui, asid amino ini merupakan kompenan penting dalam penyusunan protein. Tetapi bila diambil dalam jumlah yang banyak akan dibuang melalui ginjal, dan akibatnya protein yang berat molekulnya besar akan merosakkan saringan ginjal, dan akibatnya akan ditemukan protein dalam air kencing. Ginjal ini dinamakan proteinuria.

Yang paling penting, bersederhana adalah lebih baik.

Apa itu Saffron & Fungsinya?

Saffron



Saffron, sejenis tumbuhan herba daripada jenis 'loridaccess' antara khazanah alam yang termahal di dunia.

Saffron juga dikenali sebagai Za'afaran atau nama saintifiknya, Crocus sativus terkenal dengan khasiatnya sejak dulu lagi.

Ia digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional. Khasiat dan nilai komersialnya memang tinggi. Namun, penggunaanya masih terhad berikutan harganya terlalu mahal.

Saffron kaya dengan vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin) selain banyak lagi bahan yang mempunyai khasiat farmaseutikal cukup tinggi.

Di samping itu, warnanya yang menarik serta baunya harum menyebabkan ia sering digunakan sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan terutama rempah-ratus.

Tumbuhan ini hanya ditanam di negara empat musim. Saffrom hanya akan berbunga pada musim luruh. Negara yang paling banyak mengeluarkan saffron ialah Iran, iaitu kira-kira 90 peratus daripada pengeluaran dunia.

Negara lain seperti India, Sepanyol, Perancis juga turut menanam tanaman ini. Saffron turut ditanam di beberapa negara lain yang beriklim Mediternean.


Kegunaan Saffron dalam masakan



Saffron digunakan untuk masak Nasi Arab, Nasi Beriyani, Nasi Tomato, Nasi Kerabu Kuning dan macam-macam lagi . 10 urat saffron sudah cukup untuk mewarnakan seperiuk besar nasi.

Cara menggunakannya ialah merendam dahulu beberapa urat saffron dalam air panas, kemudian masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih.

Sesetengah orang atau tukang masak, terus meletakkan ke dalam masakan. Cara ini juga boleh, cuma untuk mendapatkan warna yang sekata, digalakkan direndam dahulu sebelum dicampur ke dalam nasi yang sedang di masak.