Terdapat 2 jenis petai :
1) Petai biasa atau ada sesetengah orang memanggilnya sebagai petai besar. Petai yang biasa di makan.
2) Petai belalang. Petai jenis ini saiznya lebih kecil kira-kira 10% daripada petai biasa.
Petai belalang
Petai
Manfaat petai:
- Menambah stamina tubuh. Petai mengandungi 3 jenis gula; sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ketiga-tiga jenis gula ini bermanfaat untuk menambah tenaga tubuh.
- Mengubati depresi. Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Serotonin ini memberi stimulus pada otak yang akan menyebabkan rasa tenang, memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.
- Menurunkan tekanan darah tinggi. Buah tropis unik ini sangat tinggi dengan kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk memerangi tekanan darah.
- Mencegah sembelit. Mengandungi serat yang tinggi, maka petai akan mempermudahkan dan menstabilkan kembali proses pencernaan, membantu mengatasi permasalahan ini.
- Mengatasi luka atau ulser di usus. Petai digunakan sebagai makanan merawat pencernaan kerana teksturnya yang lembut dan halus. Petai adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes yang kritikal. Buah ini juga mampu meneutralkan kandungan asid di perut dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan perut.
- Mengatasi stress. Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan di tubuh. Ketika kita stress, kadar metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangkan kadar kalium dalam tubuh. Ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.
Namun begitu mengambil petai yang berlebihan juga tidak baik, kerana cukup bahaya untuk ginjal, kerana banyak mengandungi asid amino. Ia juga menyebabkan bau yang tidak sedap pada air kencing. Asid amino kaya dengan unsur Nitrogen dan unsur Sulfur yang akan diubah menjadi gas menjadi Amoniak (NH3) dan Hidrogen Sulfida (H2S) yang akan menghasilkan kentut.
Seperti yang diketahui, asid amino ini merupakan kompenan penting dalam penyusunan protein. Tetapi bila diambil dalam jumlah yang banyak akan dibuang melalui ginjal, dan akibatnya protein yang berat molekulnya besar akan merosakkan saringan ginjal, dan akibatnya akan ditemukan protein dalam air kencing. Ginjal ini dinamakan proteinuria.
Yang paling penting, bersederhana adalah lebih baik.
No comments:
Post a Comment