Wednesday 30 November 2016

Apa itu Saffron & Fungsinya?

Saffron



Saffron, sejenis tumbuhan herba daripada jenis 'loridaccess' antara khazanah alam yang termahal di dunia.

Saffron juga dikenali sebagai Za'afaran atau nama saintifiknya, Crocus sativus terkenal dengan khasiatnya sejak dulu lagi.

Ia digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional. Khasiat dan nilai komersialnya memang tinggi. Namun, penggunaanya masih terhad berikutan harganya terlalu mahal.

Saffron kaya dengan vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin) selain banyak lagi bahan yang mempunyai khasiat farmaseutikal cukup tinggi.

Di samping itu, warnanya yang menarik serta baunya harum menyebabkan ia sering digunakan sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan terutama rempah-ratus.

Tumbuhan ini hanya ditanam di negara empat musim. Saffrom hanya akan berbunga pada musim luruh. Negara yang paling banyak mengeluarkan saffron ialah Iran, iaitu kira-kira 90 peratus daripada pengeluaran dunia.

Negara lain seperti India, Sepanyol, Perancis juga turut menanam tanaman ini. Saffron turut ditanam di beberapa negara lain yang beriklim Mediternean.


Kegunaan Saffron dalam masakan



Saffron digunakan untuk masak Nasi Arab, Nasi Beriyani, Nasi Tomato, Nasi Kerabu Kuning dan macam-macam lagi . 10 urat saffron sudah cukup untuk mewarnakan seperiuk besar nasi.

Cara menggunakannya ialah merendam dahulu beberapa urat saffron dalam air panas, kemudian masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih.

Sesetengah orang atau tukang masak, terus meletakkan ke dalam masakan. Cara ini juga boleh, cuma untuk mendapatkan warna yang sekata, digalakkan direndam dahulu sebelum dicampur ke dalam nasi yang sedang di masak.


1 comment:

  1. Casino de Monte Carlo - Mapyro
    Casino de Monte Carlo is a 4-star property in 시흥 출장샵 Casino de Monte-Carlo. 진주 출장마사지 The 하남 출장샵 complex includes over 200,000 square feet of casino space. This 성남 출장안마 casino 세종특별자치 출장샵 is

    ReplyDelete