Friday, 24 February 2017

Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat


Perkara ini berlaku pada semua peringkat umur; anak kecil, remaja hingga orang dewasa. Puncanya pun bermacam-macam, seperti adanya nanah di bahagian dasar gigi akibat jangkitan bakteria yang menimbulkan keradangan, gigi retak, susut gusi, kerosakan gigi yang mewujudkan lubang, tampalan gigi yang rosak serta gigi tumbuh bersilang.

Rasa sakit menjadi tidak tertanggung apabila jangkitan sudah sampai ke dalam sistem rangkaian saraf. Bahkan ada yang disertai masalah kesihatan lain seperti sakit kepala dan demam. Peringkat keparahan rasa sakit berbeza pada setiap orang. Menurut pola kemunculannya, rasa sakit akan timbul silih berganti, sekejap sakit, sekejap hilang atau secara berterusan. Pastinya sakit tersebut membuatkan hidup anda tak aman dan sukar tidur malam.

Anda mungkin berfikir untuk melakukan pemeriksaan doktor. Tapi terbantut kerana terbayang jarum yang bakal menyucuk gusi anda.

Daripada anda terus bingung memikirkan bagaimana menghilangkan rasa sakit tersebut, koreklah petua atau cara yang boleh digunakan dari keluarga atau teman rapat.

Daun Jambu

Daun jambu batu mempunyai kesan untuk menurunkan keadaan keradangan pada gigi. Tidak hanya itu, daun jambu juga  mempunyai sifat anti-mikrob dan analgesik yang boleh meringankan sakit gigi.

Terdapat 2 cara:

1) Kunyah daun jambu selama beberapa minit hingga                 kandungannya bekerja untuk menghilangkan sakit gigi.

2) Anda boleh merebus daun jambu hingga mendidih, dan         disejukkan dahulu. Campurkan dengan garam dan                 gunakan sebagai ubat kumur. 


Daun Bayam

Daun bayam tidak sahaja dimakan sebagai sayur yang tinggi serat, tetapi ia juga dicetuskan sebagai golongan tanaman hebat untuk sakit gigi anda. Lakukan rawatan sakit gigi sama seperti daun jambu batu. Bersihkan bayam mentah dan kunyah. Ini boleh dilakukan di rumah sambil berehat.

Esktrak Vanila

Rawatan sakit gigi juga boleh dilakukan dengan ekstrak vanila. Pernah dengar kaedah ini? Rawatan ini akan memberi rasa tenang pada gigi anda. Sediakan bola kapas, lalu celupkan ke dalam ekstrak vanila. Tampal atau sapukan pada kawasan yang sakit. Lakukan beberapa kali setiap hari untuk mendapatkan hasil terbaik.

Daun Teh Hijau

Teh hijau adalah minuman kesihatan bagi masyarakat India dan Cina. Daun teh hijau ternyata mempunyai kesan menyembuhkan sakit gigi, jadi jom cuba. Ini boleh berlaku kerana ia mengandungi asid tannic dan catechin yang mampu menguatkan gigi.

Petua hilangkan sakit gigi dengan daun teh hijau bermula dengan mencuci daun teh hijau, lalu mengunyahnya. Ini sama dengan rawatan memakai daun bayam atau jambu batu untuk kurangkan sakit gigi. Kunyahlah daun selama 5 minit dan boleh dilaksanakan 2-3 kali sehari.

Ubat Gigi

Ubat gigi yang biasa anda gunakan untuk menggosok gigi haruslah dengan kandungan yang lembut yang tidak banyak mengandungi zat yang kasar (merosakkan struktur gigi). Walaupun tujuan anda agar gigi menjadi putih, tapi bila jalan yang ditempuh salah maka hanya mengakibatkan sakit gigi. Cara berus gigi yang bagus pun ternyata ada panduannya, iaitu dengan tidak terlalu lama serta tidak menggosok gigi dengan kuat.

Alkohol

Mungkin anda tidak bersetuju, jadi jangan cuba petua ini. Jadikan sebagai info sahaja.

Alkohol berguna untuk kes sakit gigi. Ia akan menjadi ubat sakit gigi yang cukup berkesan. Berkumurlah dengan sedikit alkohol seperti vodka, scotch, atau wiski hingga rasa sakit pada gigi boleh reda secara beransur-ansur.

Timun

Siapa suka timun? Sayur berbentuk bujur dengan warna hijau muda ini termasuk ke dalam salah satu rawatan sakit gigi yang boleh dilakukan dirumah. Ia mempunyai kesan sejuk dan menenangkan pada kawasan sakit yang anda rasakan.

Potonglah timun menjadi beberapa bahagian yang berbeza, lalu tambahkan garam. Kunyah setiap bahagian secara bergilir-gilir. Bila sebelum melaksanakan rawatan ini, pastikan timun anda disimpan di dalam peti ais, keluarkan dan biarkan beberapa minit sehingga suhunya tidak berapa sejuk. Barulah digunakan.

Kentang

Kentang termasuk dalam makanan yang tinggi dengan karbohidrat yang boleh menggantikan fungsi nasi. Tahukah anda kentang adalah makanan yang mudah dicerna dan kaya dengan nutrisi. Dengan khasiatnya, mengunyah kentang mentah (dihiris kecil dahulu) dengan sedikit garam akan membantu meredakan sakit gigi.

Baking Soda

Baking soda sering dimasukkan ke dalam senarai bahan semulajadi untuk membantu menghilangkan sakit gigi. Sebenarnya ia bukan sahaja bagus sebagai ubat sakit gigi, tetapi juga untuk memperbaiki masalah pada kulit dan rambut.

Gunakan baking soda untuk hilangkan sakit gigi dengan cara mencampurkannya dengan air, lalu dicelupkan dengan kapas. Sapukan kapas pada kawasan yang terjejas.


Bilas Mulut Dengan Air Garam

Ini sudah menjadi rahsia umum bahawa sesungguhnya air garam adalah ramuan mujarab untuk menyembuhkan sakit gigi. Tapi kadang-kadang sebahagian orang mengeluh kerana ketika melakukannya gigi menjadi lebih sakit. Memang begitulah rasanya! Tapi yakinlah ini adalah petua hilangkan sakit gigi yang paling mudah yang boleh anda lakukan sebab garam itu banyak kelebihannya.

Selamat mencuba. Sekian terima kasih!

Thursday, 23 February 2017

Cara Yang Betul Mencuci Sayuran Sebelum Dimasak


Sayuran hijau wajib dicuci dan dibersihkan sebelum dimasak atau dimakan. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan segala kotoran yang mungkin berasal dari tanah, air, udara atau bahan kimia seperti pestisida dan sebagainya.

Proses pencucian sayuran sebenarnya dapat mengurangkan vitamin dan mineral yang ada di dalamnya tetapi jika tidak dicuci mungkin akan memudaratkan kesihatan. Tetapi jika dibasuh dengan cara yang betul akan dapat meminimumkan kehilangan nutrisi nya.

Tips Mencuci Sayuran Yang Baik

Salah satu cara mengurangkan pencemaran dari pelbagai bahan berbahaya untuk kesihatan adalah dengan mencuci semua sayuran yang akan dimasak. Barikut merupakan cara mencuci sayuran sebelum dimasak.

1. Cuci tangan dengan bersih. Cucilah tangan anda sehingga bersih sebelum menyentuh sayuran. Alirkan air pada             tangan, kemudian sabun dari pangkal hingga ke celah jari. Jangan lupa bersihkan kuku. Bilas hingga bersih, dan lap sehingga kering.

2. Pisahkan sayuran setiap lembar. Jika yang dibersihkan adalah sayur yang berdaun lebar, pisahkan satu persatu         bahagian daunnya. Buang dan bersihkan semua kotoran yang melekat pada sayuran. Jangan biarkan ada kotoran       seperti tanah, ataupun ulat yang mungkin masih tertinggal.

3. Cuci sayuran dengan air pada bahagian yang mempunyai banyak lubang yang dapat menjadi saluran keluarnya air. Cucilah sayuran tersebut satu persatu dengan air yang           mengalir. Elakkan mencuci secara mengumpulkan sayuran tersebut kerana hasilnya tidak optimum. Pasti           masih ada sahaja kotoran yang masih tertinggal. Jika terlihat sayuran yang sudah tua dan rosak, buang                   bahagian itu.

4. Hindari penggunaan cairan pembersih ataupun cuka. Kita sering terpengaruh dengan iklan pelbagai pembersih untuk     mencuci sayuran. Percayalah, sabun atau apa saja jenis pembersih termasuk cuka akan dapat meninggalkan               aroma yang tidak sedap pada sayuran. Yang dibimbangi, bahan pembersih dibuat dari bahan kimia dan tertinggal di     sayuran yang kita masak.


5. Keringkan dahulu sayur sebelum di masak. Tidak digalakkan dipotong atau dimasak terus selepas dibasuh.       Tunggulah sekitar 20 minit sebelum memasaknya. Dengan ini bakteria serta kotoran akan benar-benar menghilang         dari sayuran yang telah dicuci.

Cara Menghilangkan Peptisda & Bau Ubat Pada Sayuran

Kesalahan yang kerap kita lakukan adalah memotong sayuran terlebih dahulu sebelum dicuci. Sebenarnya ini adalah cara yang kurang tepat kerana ia dapat menghilangkan beberapa nutrisi dan senyawa ketika potongan sayuran disiram air. Air akan membawa nutrisi sayur tersebut bersama-sama.

Lebih baik kita memotong sayuran setelah dicuci dan mengeringkannya terlebih dahulu.

Elakkan juga mencuci dengan air terlalu lama. Ini bukan menjadikan sayuran menjadi bersih, malah membuat kandungan didalamnya bisa hilang. 

Untuk ulam, kupas dan bersihkan dahulu dengan air panas yang mengalir.

Terima kasih.



Tuesday, 24 January 2017

Tips Memilih Ikan Yang Segar



Ikan memiliki kandungan gizi yang tinggi, inilah yang menyebabkan ikan merupakan salah satu makanan yang baik untuk di makan. Memiliki khasiat yang tinggi, maka ikan akan mudah membusuk dan cepat rosak.

Untuk keperluan memasak diperlukan ikan yang benar-benar segar, disamping rasanya akan lebih lazat, kandungan khasiatnya pun lebih baik. Namun masih banyak pembeli ikan yang masih belum benar-benar tahu memilih ikan yang segar, terutamanya ikan yang sudah mati. Disini dikongsikan untuk bacaan anda sebelum pergi ke pasar utk membeli ikan nanti.

Ciri-ciri ikan segar adalah seperti berikut :

1.  Warna kulit yang terang dan cerah.
2.  Daging ikan bila ditekan terasa keras.
3.  Mata jernih menonjol dan cembung.
4.  Sisik ikan segar masih kuat melekat dan berkilat. Sisik            masih kuat dan tidak banyak yang tertanggal.
5.  Insang berwarna merah.
6.  Sirip kuat.
7. Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut.
8. Penting tidak berbau busuk.

Tanda ikan yang sudah busuk:

1.  Mata suram dan tenggelam.
2.  Sisik suram dan mudah lepas.
3.  Warna kulit suram dengan lendir tebal.
4.  Dinding perut lembik.
5.  Warna keseluruhan suram dan berbau busuk.

Thursday, 29 December 2016

5 Cili Paling Pedas Di Dunia




Rasa pedas dalam masakan adalah wajib bagi penggemarnya. Definasi pedas itu sendiri berbeza bagi setiap orang.

Bagi rakyat Malaysia apabila disebut cili, pasti terbayang cili padi, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Terdapat 5 jenis cili paling disahkan paling pedas di dunia:



1.  Bhut Jolokia = scoville(unit bagi kepedasan) rating 855,000 - 1,050,000

Cili ini memegang rekod dunia sebagai cili yang terpedas di dunia, menggantikan Red Savina. Berasal dari Daerah Assam di timur laut India. Cili ini juga tumbuh di Nagaland dan Manipur. Terdapat sedikit keraguan mengenai spesis cili ini, apakah ia termasuk dalam jenis capsicum frutescens atau capsicum chinense. Namun berdasarkan ujian DNA dikenalpasti bahawa ia adalah spesis hibrida, dengan dominan capsicum chinense dan sedikit capsicum frutescens.



2.  Red Savina Pepper = scoville rating 350,000 - 580,000

Cili ini adalah jenis khas dari cili Habanero, yang dikembang biak khas untuk menghasilkan cili yang lebih pedas, besar dan berat. Frank Garcia di Walnut, California adalah pengembang cili Red Savina ini. Caranya masih rahsia dan tidak diketahui umum. Cili ini memegang rekod sebagai cili terpedas di dunia dari tahun 1994 hingga 2006 dan dicatat oleh Rekod Dunia. Namun pada Februari 2007, cili ini turun dari takhtanya, dikalahkan oleh Bhut Jolokia.




3.  Habareno Pepper = scoville rating 100,000 - 350,000

Cili ini adalah salah satu cili yang amat pedas pada jenisnya, iaitu capsicum. Ketika mentah berwarna hijau, ketika matang warnanya oren atau merah. Namun kadangkala terlihat juga warna putih, coklat dan bahkan merah jambu. Ukuran panjangnya sekitar 2-6sm. Cili ini banyak berasal dari Yucatan dan kawasan sekitar pantainya. Nama cili ini berasal dari bandar di Cuba, La Habana. Walaupun tempat itu bukanlah tempat asalnya, namun cili banyak diperdagangkan di sana.




4.  Thai Pepper - scoville rating 50,000 - 100,000

Thai Pepper dalam bahasa Malaysianya cili api, Thailand-phrik khi nu dan Tagalog-siling labuyo. Cili ini banyak terdapat di Thailand dan jirannya seperti Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sekitarnya. Ternyata orang Indonesia memang kuat pedas, buktinya cili biasa "dimakan" sehari-hari sahaja.




5.  Cayenne Pepper = scoville rating 30,000 - 50,000

Warnanya merah menyala! Benar-benar menunjukkan "keciliannya" melalui warnanya. Cili ini bernama Cayenne, Guinea Pepper atau Bird Pepper. Cili ini adalah cili merah yang pedas, digunakan untuk serbuk masakan ataupun untuk keperluan perubatan. Namanya berasal dari bandar Cayenne di French Guiana. Cili ini digunakan untuk masakan pedas, baik dalam bentuk sempurna ataupun serbuk. Bahkan cili ini juga digunakan untuk kegunaan herba.


Thursday, 22 December 2016

Kenapa Orang Obese Tidak Merasa Kenyang

Di dalam badan ada 2 jenis hormon yang mengawal aktiviti pemakanan. Jesteru mengawal juga berat badan. Hormon ini mempunyai tapak receptor yang sama iaitu hypothalamus dan juga beberapa organ lain.

Hormon Ghrelin menyebabkan KELAPARAN.

Hormon Leptin pula menyebabkan KEKENYANGAN.


GHRELIN

Kita bincang dulu berkenaan GHRELIN sebelum masuk kepada hormon LEPTIN. Majoriti hormon ghrelin dihasilkan oleh sel-sel ini akan menghasilkan hormon ghrelin agar individu tersebut berasa lapar. Apabila dinding perut direnggangkan oleh kehadiran makanan dalam perut, maka sel-sel tersebut akan kurang menghasilkan hormon ghrelin membuatkan rasa lapar berkurangan.

Sebagai tambahan, hormon ghrelin juga akan mengaktifkan cholinergic dopaminergic reward link yang bersambungan dengan kawasan MESOLIMBIC di bahagian otak. Pada kawasan MESOLIMBIC inilah perasaan PUAS dihasilkan. Sebagai contoh puas sebab dapat makan.

Untuk memahami 'reward pathway' ini saya bagi satu contoh, Jika perut kita kosong, maka hormon ghrelin terhasil. Bila hormon ghrelin terhasil, kita akan merasa lapar. Dan laparnya kita akan membuatkan kita hendak pada makanan yang sedap-sedap seperti contoh minuman yang manis, makanan yang sedap dan sebagainya tanpa memikirkan apa yang berada di dalam makanan tersebut.

Jika kita memakan makanan yang kita kehendaki itu, maka mesolimbic pathway akan diaktifkan. Dopamine dilepaskan dan kita akan berasa puas/nikmat terhadap makanan yang telah diambiil olehnya.

Menariknya hormon ghrelin ini juga dibuktikan didalam makmal yang ianya mampu merencatkan penghasilan kolestrol plaque di dalam saluran darah dengan bertindak sebagai agen yang melawan keradangan (anti-inflammatory).

Salah satu cara untuk menaikkan hormon ini adalah dengan BERPUASA.


LEPTIN

Leptin pula merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel adipose iaitu sel yang bertindak untuk menyimpan lemak.

Mekanismanya, apabila seseorang itu makan, jumlah gula dalam darah akan meningkat. Gula ini akan dimasukkan ke dalam sel adipose dan menyebabkan sel itu menghasilkan hormon leptin.

Leptin pula akan bertindak pada receptor yang sama dengan ghrelin di hypothalamus dan menghasilkan perasaan kenyang.

Apa yang berlaku ketika Obese?

Di dalam individu yang obese, leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan sebagai LEPTIN RESISTANCE. Bahasa senangnya kehadiran hormon leptin tidak akan memberi rasa kekenyangan kepada individu yang obese.

Ini menyebabkan hormon ghrelin berfungsi lebih efektif berbanding hormon leptin walaupun jumlah yang sedikit. Oleh itu, tidak pelik jika kita melihat mereka yang obese masih tidak merasa kenyang walaupun dia telah makan makanan pada jumlah yang banyak.

Ini disebabkan LEPTIN RESISTANCE. Akhirnya, otak kita tidak dapat memberikan perasaan kenyang yang cukup pada mereka yang obese.

5 Kopi Terbaik & Paling Mahal Di Dunia




Kini kopi sudah menjadi minuman kegemaran setiap lapisan masyarakat.

Kopi adalah sejenis minuman yang berasal dari proses pengolahan dan ekstrak biji tanaman kopi. Perkataan kopi sendiri dari bahasa Arab Qahwah yang bereerti kekuatan. Kerana pada awalnya kopi digunakan sebagai minuman memberi tenaga. Perkataan Qahwah mengalami perubahan kepada Kahveh yang berasal dari bahasa Turki dan kemudia berubah lagi menjadi koffie dalam bahasa Belanda. Penggunaan perkataan koffie segera diserap ke dalam bahasa Melayu menjadi perkataan kopi yang dikenal saat ini.

Secara umumnya, terdapat dua jenis biji kopi, iaitu arabika (kualiti premium) dan robusta. Sejarah mencatat bahawa penemuan kopi sebagai minuman berkhasiat dan bertenaga pertama kali ditemukan oleh bangsa Etiopia di benua Afrika sekitar 3000 taun (1000 SM) yang lalu. Kopi kemudian terus berkembang hingga saat ini menjadi salah satu minuman yang paling popular yang diminum oleh pelbagai kalangan masyarakat. Di samping rasa dan aromanya yang menarik, kopi juga dapat menurunkan risiko terkena penyakit kanser, diabetis, batu karang, dan sakit jantung.

Cukup untuk pengenalan kopi. Kini dikongsikan 5 Jenis Kopi Terbaik dan Paling Mahal Di Dunia.

1.  Kopi Luwak



Kopi Luwak adalah kopi yang dihasilkan dari biji kopi yang telah dimakan dan melalui saluran pencernaan binatang bernama Luwak. Kemasyhuran kopi ini telah terkenal di Indonesia dan serata dunia. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat cafe atau restoran yang menjual kopi luwak (civet coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari kotoran luwak ini boleh mencapai harga USD 160 per pound.

Kemasyhruran kopi ini diyakini kerana mitos pada masa lalu, ketika penanaman kopi di buka besar-besaran pada masa pemerintahan Hindia Belanda sampai tahun 1950-an, dimana saat itu masih banyak terdapat binatang luwak sejenis musang. Kopi luwak asli berasal dari Lampung Barat.

Luwak atau pelengkapnya musang luwak, senang sekali mencari buah-buahan yang cukup baik dan berkualiti tinggi termasuk buah kopi sebagai makanannya. Luwak akan memilih buah kopi yang betul-betul masak, dan setelah memakannya dia akan dikeluarkan bersama najis. Biji kopi yang dilindungi kulit keras dan tidak tercerna akan keluar seperti bentuk asalnya. Biji kopi seperti ini, pada masa lalu sering diburu para petani kopi, kerana yajin biji kopi ini adalah yang terbaik dan telah melalui proses semulajadi di dalam perut luwak. Dan kononnya, rasa kopi luwak ini memang benar-benar berbeza dan istimewa di kalangan para penggemar dan pemikat kopi.


2.  Kopi "Hacienda La Esmeralda" - Boquete, Panama



Kopi Hacienda La Esmeralda's Geisha tumbuh di Boquete, Panama. Kopi ini popular di seluruh dunia kerana rasanya yang nikmat. Sebahagian besar kopi ini ditanam di bawah pohon-pohon jambu biji tua. Anda dapat menikmati kopi ini dengan harga USD 104 per pound.


3.  Kopi "Island" Dari St. Helena Coffee Company - St. Helena



Pulau St. Helena yang terletak sekitar 1.200 mil di pantai Afrika adalah tempat utama tumbuhnya kopi jenis ini. Kopi ini dipopularkan oleh Napoleon Bonaparte yang membawa benihnya untuk diperkenalkan ke masyarakat Perancis hingga akhirnya terkenal di dunia. Anda dapat menikmati kopi dengan harga USD 79 per pound.


4.  Kopi "El Injerto" - Huehuetenango, Guatemala



Kopi El Injerto berasal dari wilayah Huehuetenango, Guatemala. Telah memenangi hadiah pertama tahun 2006 Piala of Excellence. Anda boleh menikmati kopi ini dengan harga USD 50 per pound.

5. Kopi "Fazenda Santa Ines" - Minas Gerais, Brazil



Dianggap sebagai salah satu kopi terbaik dalam sejarah, kopi ini adalah yang hasil cipta terbaik Cafe Artigiano, iaitu sebuah kafe terkenal di Kanada dan dua cawangan kedai kopi di Australia. Anda dapat menikmati kopi ini dengan harga USD 50 per pound.


Tuesday, 20 December 2016

6 Manfaat Ubi Kayu



Anda pernah menyantap ubi kayu? Ubi kayu merupakan salah satu hidangan yang sangat sinonim dengan masyarakat melayu.

Mudah ditanam dengan bermodalkan potongan batang saja, dibenamkan ditanah. Tidak perlu tunggu lama, ia akan tumbuh.

Sedap direbus ataupun di goreng. Berikut merupakan khasiatnya kepada tubuh badan kita.

1. Ubi kayu membekalkan vitamin B kompleks dan kumpulan vitamin contohnya folic, acid, vitamin B1, pyridoxine, vitamin B2 serta asid pantotenat. Manfaat unsur riboflavin adalah membantu perkembangan tubuh serta menghasilkan sel-sel darah merah guna mencegah terjadinya anaemia.

2. Ubi kayu pun mampu mengurangi konsentrasi trigliserida sekaligus membekal serat yang baik. Fakta tersebut menjadikan ubi kayu boleh meredakan kemungkinan terjadi serangan jantung, stroke, kanser usus besasr dan membantu mengawal kadar gula dalam darah pada pesakit diabetis. Manfaat ubi kayu ini diperoleh dengan mengukus dan merebusnya.

3. Pada lama Nutrition and You menyatakan bahawa ubi kayu mempunyai jumlah kalori 2 kali ganda daripada kentang. Ini kerana ubi kayu adalah satu dari beberapa jenis makanan utama yang sarat dengan karbohidrat. Pada 100 gram ubi kayu terkandung 160 kalori, yang didominasi oleh gulasukrosa.

4. Bila anda ingin makanan rendah kandungan lemaknya di samping bijirin dan golongan kekacang maka anda harus memilih ubi kayu. Ubi kayu pun mempunyai komposisi protein yang tinggi bila dibanding ubi rambat, kentang ataupun pisang. Jelas ini akan sesuai untuk mereka yang sedang membina otot badan.

5. Menyembuhkan bermacam penyakit diantaranya demam, sakit sendi, luka,  cirit-birit, cacing, sakit kepala dan menguatkan daya tahan tubuh.

6. Ubi kayu pun memiliki kandungan mineral penting untuk tubuh antaranya magnesium, zink, tembaga dan zat besi. Malah kadar kalium di dalam ubi kayu mencukupi untuk mencukupi keperluan harian tubuh.