Tuesday, 20 December 2016
6 Manfaat Ubi Kayu
Anda pernah menyantap ubi kayu? Ubi kayu merupakan salah satu hidangan yang sangat sinonim dengan masyarakat melayu.
Mudah ditanam dengan bermodalkan potongan batang saja, dibenamkan ditanah. Tidak perlu tunggu lama, ia akan tumbuh.
Sedap direbus ataupun di goreng. Berikut merupakan khasiatnya kepada tubuh badan kita.
1. Ubi kayu membekalkan vitamin B kompleks dan kumpulan vitamin contohnya folic, acid, vitamin B1, pyridoxine, vitamin B2 serta asid pantotenat. Manfaat unsur riboflavin adalah membantu perkembangan tubuh serta menghasilkan sel-sel darah merah guna mencegah terjadinya anaemia.
2. Ubi kayu pun mampu mengurangi konsentrasi trigliserida sekaligus membekal serat yang baik. Fakta tersebut menjadikan ubi kayu boleh meredakan kemungkinan terjadi serangan jantung, stroke, kanser usus besasr dan membantu mengawal kadar gula dalam darah pada pesakit diabetis. Manfaat ubi kayu ini diperoleh dengan mengukus dan merebusnya.
3. Pada lama Nutrition and You menyatakan bahawa ubi kayu mempunyai jumlah kalori 2 kali ganda daripada kentang. Ini kerana ubi kayu adalah satu dari beberapa jenis makanan utama yang sarat dengan karbohidrat. Pada 100 gram ubi kayu terkandung 160 kalori, yang didominasi oleh gulasukrosa.
4. Bila anda ingin makanan rendah kandungan lemaknya di samping bijirin dan golongan kekacang maka anda harus memilih ubi kayu. Ubi kayu pun mempunyai komposisi protein yang tinggi bila dibanding ubi rambat, kentang ataupun pisang. Jelas ini akan sesuai untuk mereka yang sedang membina otot badan.
5. Menyembuhkan bermacam penyakit diantaranya demam, sakit sendi, luka, cirit-birit, cacing, sakit kepala dan menguatkan daya tahan tubuh.
6. Ubi kayu pun memiliki kandungan mineral penting untuk tubuh antaranya magnesium, zink, tembaga dan zat besi. Malah kadar kalium di dalam ubi kayu mencukupi untuk mencukupi keperluan harian tubuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment