Thursday, 29 December 2016

5 Cili Paling Pedas Di Dunia




Rasa pedas dalam masakan adalah wajib bagi penggemarnya. Definasi pedas itu sendiri berbeza bagi setiap orang.

Bagi rakyat Malaysia apabila disebut cili, pasti terbayang cili padi, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Terdapat 5 jenis cili paling disahkan paling pedas di dunia:



1.  Bhut Jolokia = scoville(unit bagi kepedasan) rating 855,000 - 1,050,000

Cili ini memegang rekod dunia sebagai cili yang terpedas di dunia, menggantikan Red Savina. Berasal dari Daerah Assam di timur laut India. Cili ini juga tumbuh di Nagaland dan Manipur. Terdapat sedikit keraguan mengenai spesis cili ini, apakah ia termasuk dalam jenis capsicum frutescens atau capsicum chinense. Namun berdasarkan ujian DNA dikenalpasti bahawa ia adalah spesis hibrida, dengan dominan capsicum chinense dan sedikit capsicum frutescens.



2.  Red Savina Pepper = scoville rating 350,000 - 580,000

Cili ini adalah jenis khas dari cili Habanero, yang dikembang biak khas untuk menghasilkan cili yang lebih pedas, besar dan berat. Frank Garcia di Walnut, California adalah pengembang cili Red Savina ini. Caranya masih rahsia dan tidak diketahui umum. Cili ini memegang rekod sebagai cili terpedas di dunia dari tahun 1994 hingga 2006 dan dicatat oleh Rekod Dunia. Namun pada Februari 2007, cili ini turun dari takhtanya, dikalahkan oleh Bhut Jolokia.




3.  Habareno Pepper = scoville rating 100,000 - 350,000

Cili ini adalah salah satu cili yang amat pedas pada jenisnya, iaitu capsicum. Ketika mentah berwarna hijau, ketika matang warnanya oren atau merah. Namun kadangkala terlihat juga warna putih, coklat dan bahkan merah jambu. Ukuran panjangnya sekitar 2-6sm. Cili ini banyak berasal dari Yucatan dan kawasan sekitar pantainya. Nama cili ini berasal dari bandar di Cuba, La Habana. Walaupun tempat itu bukanlah tempat asalnya, namun cili banyak diperdagangkan di sana.




4.  Thai Pepper - scoville rating 50,000 - 100,000

Thai Pepper dalam bahasa Malaysianya cili api, Thailand-phrik khi nu dan Tagalog-siling labuyo. Cili ini banyak terdapat di Thailand dan jirannya seperti Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sekitarnya. Ternyata orang Indonesia memang kuat pedas, buktinya cili biasa "dimakan" sehari-hari sahaja.




5.  Cayenne Pepper = scoville rating 30,000 - 50,000

Warnanya merah menyala! Benar-benar menunjukkan "keciliannya" melalui warnanya. Cili ini bernama Cayenne, Guinea Pepper atau Bird Pepper. Cili ini adalah cili merah yang pedas, digunakan untuk serbuk masakan ataupun untuk keperluan perubatan. Namanya berasal dari bandar Cayenne di French Guiana. Cili ini digunakan untuk masakan pedas, baik dalam bentuk sempurna ataupun serbuk. Bahkan cili ini juga digunakan untuk kegunaan herba.


No comments:

Post a Comment