Di dalam badan ada 2 jenis hormon yang mengawal aktiviti pemakanan. Jesteru mengawal juga berat badan. Hormon ini mempunyai tapak receptor yang sama iaitu hypothalamus dan juga beberapa organ lain.
Hormon Ghrelin menyebabkan KELAPARAN.
Hormon Leptin pula menyebabkan KEKENYANGAN.
GHRELIN
Kita bincang dulu berkenaan GHRELIN sebelum masuk kepada hormon LEPTIN. Majoriti hormon ghrelin dihasilkan oleh sel-sel ini akan menghasilkan hormon ghrelin agar individu tersebut berasa lapar. Apabila dinding perut direnggangkan oleh kehadiran makanan dalam perut, maka sel-sel tersebut akan kurang menghasilkan hormon ghrelin membuatkan rasa lapar berkurangan.
Sebagai tambahan, hormon ghrelin juga akan mengaktifkan cholinergic dopaminergic reward link yang bersambungan dengan kawasan MESOLIMBIC di bahagian otak. Pada kawasan MESOLIMBIC inilah perasaan PUAS dihasilkan. Sebagai contoh puas sebab dapat makan.
Untuk memahami 'reward pathway' ini saya bagi satu contoh, Jika perut kita kosong, maka hormon ghrelin terhasil. Bila hormon ghrelin terhasil, kita akan merasa lapar. Dan laparnya kita akan membuatkan kita hendak pada makanan yang sedap-sedap seperti contoh minuman yang manis, makanan yang sedap dan sebagainya tanpa memikirkan apa yang berada di dalam makanan tersebut.
Jika kita memakan makanan yang kita kehendaki itu, maka mesolimbic pathway akan diaktifkan. Dopamine dilepaskan dan kita akan berasa puas/nikmat terhadap makanan yang telah diambiil olehnya.
Menariknya hormon ghrelin ini juga dibuktikan didalam makmal yang ianya mampu merencatkan penghasilan kolestrol plaque di dalam saluran darah dengan bertindak sebagai agen yang melawan keradangan (anti-inflammatory).
Salah satu cara untuk menaikkan hormon ini adalah dengan BERPUASA.
LEPTIN
Leptin pula merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel adipose iaitu sel yang bertindak untuk menyimpan lemak.
Mekanismanya, apabila seseorang itu makan, jumlah gula dalam darah akan meningkat. Gula ini akan dimasukkan ke dalam sel adipose dan menyebabkan sel itu menghasilkan hormon leptin.
Leptin pula akan bertindak pada receptor yang sama dengan ghrelin di hypothalamus dan menghasilkan perasaan kenyang.
Apa yang berlaku ketika Obese?
Di dalam individu yang obese, leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan sebagai LEPTIN RESISTANCE. Bahasa senangnya kehadiran hormon leptin tidak akan memberi rasa kekenyangan kepada individu yang obese.
Ini menyebabkan hormon ghrelin berfungsi lebih efektif berbanding hormon leptin walaupun jumlah yang sedikit. Oleh itu, tidak pelik jika kita melihat mereka yang obese masih tidak merasa kenyang walaupun dia telah makan makanan pada jumlah yang banyak.
Ini disebabkan LEPTIN RESISTANCE. Akhirnya, otak kita tidak dapat memberikan perasaan kenyang yang cukup pada mereka yang obese.
No comments:
Post a Comment