Thursday, 29 December 2016
5 Cili Paling Pedas Di Dunia
Rasa pedas dalam masakan adalah wajib bagi penggemarnya. Definasi pedas itu sendiri berbeza bagi setiap orang.
Bagi rakyat Malaysia apabila disebut cili, pasti terbayang cili padi, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Terdapat 5 jenis cili paling disahkan paling pedas di dunia:
1. Bhut Jolokia = scoville(unit bagi kepedasan) rating 855,000 - 1,050,000
Cili ini memegang rekod dunia sebagai cili yang terpedas di dunia, menggantikan Red Savina. Berasal dari Daerah Assam di timur laut India. Cili ini juga tumbuh di Nagaland dan Manipur. Terdapat sedikit keraguan mengenai spesis cili ini, apakah ia termasuk dalam jenis capsicum frutescens atau capsicum chinense. Namun berdasarkan ujian DNA dikenalpasti bahawa ia adalah spesis hibrida, dengan dominan capsicum chinense dan sedikit capsicum frutescens.
2. Red Savina Pepper = scoville rating 350,000 - 580,000
Cili ini adalah jenis khas dari cili Habanero, yang dikembang biak khas untuk menghasilkan cili yang lebih pedas, besar dan berat. Frank Garcia di Walnut, California adalah pengembang cili Red Savina ini. Caranya masih rahsia dan tidak diketahui umum. Cili ini memegang rekod sebagai cili terpedas di dunia dari tahun 1994 hingga 2006 dan dicatat oleh Rekod Dunia. Namun pada Februari 2007, cili ini turun dari takhtanya, dikalahkan oleh Bhut Jolokia.
3. Habareno Pepper = scoville rating 100,000 - 350,000
Cili ini adalah salah satu cili yang amat pedas pada jenisnya, iaitu capsicum. Ketika mentah berwarna hijau, ketika matang warnanya oren atau merah. Namun kadangkala terlihat juga warna putih, coklat dan bahkan merah jambu. Ukuran panjangnya sekitar 2-6sm. Cili ini banyak berasal dari Yucatan dan kawasan sekitar pantainya. Nama cili ini berasal dari bandar di Cuba, La Habana. Walaupun tempat itu bukanlah tempat asalnya, namun cili banyak diperdagangkan di sana.
4. Thai Pepper - scoville rating 50,000 - 100,000
Thai Pepper dalam bahasa Malaysianya cili api, Thailand-phrik khi nu dan Tagalog-siling labuyo. Cili ini banyak terdapat di Thailand dan jirannya seperti Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sekitarnya. Ternyata orang Indonesia memang kuat pedas, buktinya cili biasa "dimakan" sehari-hari sahaja.
5. Cayenne Pepper = scoville rating 30,000 - 50,000
Warnanya merah menyala! Benar-benar menunjukkan "keciliannya" melalui warnanya. Cili ini bernama Cayenne, Guinea Pepper atau Bird Pepper. Cili ini adalah cili merah yang pedas, digunakan untuk serbuk masakan ataupun untuk keperluan perubatan. Namanya berasal dari bandar Cayenne di French Guiana. Cili ini digunakan untuk masakan pedas, baik dalam bentuk sempurna ataupun serbuk. Bahkan cili ini juga digunakan untuk kegunaan herba.
Thursday, 22 December 2016
Kenapa Orang Obese Tidak Merasa Kenyang
Di dalam badan ada 2 jenis hormon yang mengawal aktiviti pemakanan. Jesteru mengawal juga berat badan. Hormon ini mempunyai tapak receptor yang sama iaitu hypothalamus dan juga beberapa organ lain.
Hormon Ghrelin menyebabkan KELAPARAN.
Hormon Leptin pula menyebabkan KEKENYANGAN.
GHRELIN
Kita bincang dulu berkenaan GHRELIN sebelum masuk kepada hormon LEPTIN. Majoriti hormon ghrelin dihasilkan oleh sel-sel ini akan menghasilkan hormon ghrelin agar individu tersebut berasa lapar. Apabila dinding perut direnggangkan oleh kehadiran makanan dalam perut, maka sel-sel tersebut akan kurang menghasilkan hormon ghrelin membuatkan rasa lapar berkurangan.
Sebagai tambahan, hormon ghrelin juga akan mengaktifkan cholinergic dopaminergic reward link yang bersambungan dengan kawasan MESOLIMBIC di bahagian otak. Pada kawasan MESOLIMBIC inilah perasaan PUAS dihasilkan. Sebagai contoh puas sebab dapat makan.
Untuk memahami 'reward pathway' ini saya bagi satu contoh, Jika perut kita kosong, maka hormon ghrelin terhasil. Bila hormon ghrelin terhasil, kita akan merasa lapar. Dan laparnya kita akan membuatkan kita hendak pada makanan yang sedap-sedap seperti contoh minuman yang manis, makanan yang sedap dan sebagainya tanpa memikirkan apa yang berada di dalam makanan tersebut.
Jika kita memakan makanan yang kita kehendaki itu, maka mesolimbic pathway akan diaktifkan. Dopamine dilepaskan dan kita akan berasa puas/nikmat terhadap makanan yang telah diambiil olehnya.
Menariknya hormon ghrelin ini juga dibuktikan didalam makmal yang ianya mampu merencatkan penghasilan kolestrol plaque di dalam saluran darah dengan bertindak sebagai agen yang melawan keradangan (anti-inflammatory).
Salah satu cara untuk menaikkan hormon ini adalah dengan BERPUASA.
LEPTIN
Leptin pula merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel adipose iaitu sel yang bertindak untuk menyimpan lemak.
Mekanismanya, apabila seseorang itu makan, jumlah gula dalam darah akan meningkat. Gula ini akan dimasukkan ke dalam sel adipose dan menyebabkan sel itu menghasilkan hormon leptin.
Leptin pula akan bertindak pada receptor yang sama dengan ghrelin di hypothalamus dan menghasilkan perasaan kenyang.
Apa yang berlaku ketika Obese?
Di dalam individu yang obese, leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan sebagai LEPTIN RESISTANCE. Bahasa senangnya kehadiran hormon leptin tidak akan memberi rasa kekenyangan kepada individu yang obese.
Ini menyebabkan hormon ghrelin berfungsi lebih efektif berbanding hormon leptin walaupun jumlah yang sedikit. Oleh itu, tidak pelik jika kita melihat mereka yang obese masih tidak merasa kenyang walaupun dia telah makan makanan pada jumlah yang banyak.
Ini disebabkan LEPTIN RESISTANCE. Akhirnya, otak kita tidak dapat memberikan perasaan kenyang yang cukup pada mereka yang obese.
Hormon Ghrelin menyebabkan KELAPARAN.
Hormon Leptin pula menyebabkan KEKENYANGAN.
GHRELIN
Kita bincang dulu berkenaan GHRELIN sebelum masuk kepada hormon LEPTIN. Majoriti hormon ghrelin dihasilkan oleh sel-sel ini akan menghasilkan hormon ghrelin agar individu tersebut berasa lapar. Apabila dinding perut direnggangkan oleh kehadiran makanan dalam perut, maka sel-sel tersebut akan kurang menghasilkan hormon ghrelin membuatkan rasa lapar berkurangan.
Sebagai tambahan, hormon ghrelin juga akan mengaktifkan cholinergic dopaminergic reward link yang bersambungan dengan kawasan MESOLIMBIC di bahagian otak. Pada kawasan MESOLIMBIC inilah perasaan PUAS dihasilkan. Sebagai contoh puas sebab dapat makan.
Untuk memahami 'reward pathway' ini saya bagi satu contoh, Jika perut kita kosong, maka hormon ghrelin terhasil. Bila hormon ghrelin terhasil, kita akan merasa lapar. Dan laparnya kita akan membuatkan kita hendak pada makanan yang sedap-sedap seperti contoh minuman yang manis, makanan yang sedap dan sebagainya tanpa memikirkan apa yang berada di dalam makanan tersebut.
Jika kita memakan makanan yang kita kehendaki itu, maka mesolimbic pathway akan diaktifkan. Dopamine dilepaskan dan kita akan berasa puas/nikmat terhadap makanan yang telah diambiil olehnya.
Menariknya hormon ghrelin ini juga dibuktikan didalam makmal yang ianya mampu merencatkan penghasilan kolestrol plaque di dalam saluran darah dengan bertindak sebagai agen yang melawan keradangan (anti-inflammatory).
Salah satu cara untuk menaikkan hormon ini adalah dengan BERPUASA.
LEPTIN
Leptin pula merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel adipose iaitu sel yang bertindak untuk menyimpan lemak.
Mekanismanya, apabila seseorang itu makan, jumlah gula dalam darah akan meningkat. Gula ini akan dimasukkan ke dalam sel adipose dan menyebabkan sel itu menghasilkan hormon leptin.
Leptin pula akan bertindak pada receptor yang sama dengan ghrelin di hypothalamus dan menghasilkan perasaan kenyang.
Apa yang berlaku ketika Obese?
Di dalam individu yang obese, leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan sebagai LEPTIN RESISTANCE. Bahasa senangnya kehadiran hormon leptin tidak akan memberi rasa kekenyangan kepada individu yang obese.
Ini menyebabkan hormon ghrelin berfungsi lebih efektif berbanding hormon leptin walaupun jumlah yang sedikit. Oleh itu, tidak pelik jika kita melihat mereka yang obese masih tidak merasa kenyang walaupun dia telah makan makanan pada jumlah yang banyak.
Ini disebabkan LEPTIN RESISTANCE. Akhirnya, otak kita tidak dapat memberikan perasaan kenyang yang cukup pada mereka yang obese.
5 Kopi Terbaik & Paling Mahal Di Dunia
Kini kopi sudah menjadi minuman kegemaran setiap lapisan masyarakat.
Kopi adalah sejenis minuman yang berasal dari proses pengolahan dan ekstrak biji tanaman kopi. Perkataan kopi sendiri dari bahasa Arab Qahwah yang bereerti kekuatan. Kerana pada awalnya kopi digunakan sebagai minuman memberi tenaga. Perkataan Qahwah mengalami perubahan kepada Kahveh yang berasal dari bahasa Turki dan kemudia berubah lagi menjadi koffie dalam bahasa Belanda. Penggunaan perkataan koffie segera diserap ke dalam bahasa Melayu menjadi perkataan kopi yang dikenal saat ini.
Secara umumnya, terdapat dua jenis biji kopi, iaitu arabika (kualiti premium) dan robusta. Sejarah mencatat bahawa penemuan kopi sebagai minuman berkhasiat dan bertenaga pertama kali ditemukan oleh bangsa Etiopia di benua Afrika sekitar 3000 taun (1000 SM) yang lalu. Kopi kemudian terus berkembang hingga saat ini menjadi salah satu minuman yang paling popular yang diminum oleh pelbagai kalangan masyarakat. Di samping rasa dan aromanya yang menarik, kopi juga dapat menurunkan risiko terkena penyakit kanser, diabetis, batu karang, dan sakit jantung.
Cukup untuk pengenalan kopi. Kini dikongsikan 5 Jenis Kopi Terbaik dan Paling Mahal Di Dunia.
1. Kopi Luwak
Kopi Luwak adalah kopi yang dihasilkan dari biji kopi yang telah dimakan dan melalui saluran pencernaan binatang bernama Luwak. Kemasyhuran kopi ini telah terkenal di Indonesia dan serata dunia. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat cafe atau restoran yang menjual kopi luwak (civet coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari kotoran luwak ini boleh mencapai harga USD 160 per pound.
Kemasyhruran kopi ini diyakini kerana mitos pada masa lalu, ketika penanaman kopi di buka besar-besaran pada masa pemerintahan Hindia Belanda sampai tahun 1950-an, dimana saat itu masih banyak terdapat binatang luwak sejenis musang. Kopi luwak asli berasal dari Lampung Barat.
Luwak atau pelengkapnya musang luwak, senang sekali mencari buah-buahan yang cukup baik dan berkualiti tinggi termasuk buah kopi sebagai makanannya. Luwak akan memilih buah kopi yang betul-betul masak, dan setelah memakannya dia akan dikeluarkan bersama najis. Biji kopi yang dilindungi kulit keras dan tidak tercerna akan keluar seperti bentuk asalnya. Biji kopi seperti ini, pada masa lalu sering diburu para petani kopi, kerana yajin biji kopi ini adalah yang terbaik dan telah melalui proses semulajadi di dalam perut luwak. Dan kononnya, rasa kopi luwak ini memang benar-benar berbeza dan istimewa di kalangan para penggemar dan pemikat kopi.
2. Kopi "Hacienda La Esmeralda" - Boquete, Panama
Kopi Hacienda La Esmeralda's Geisha tumbuh di Boquete, Panama. Kopi ini popular di seluruh dunia kerana rasanya yang nikmat. Sebahagian besar kopi ini ditanam di bawah pohon-pohon jambu biji tua. Anda dapat menikmati kopi ini dengan harga USD 104 per pound.
3. Kopi "Island" Dari St. Helena Coffee Company - St. Helena
Pulau St. Helena yang terletak sekitar 1.200 mil di pantai Afrika adalah tempat utama tumbuhnya kopi jenis ini. Kopi ini dipopularkan oleh Napoleon Bonaparte yang membawa benihnya untuk diperkenalkan ke masyarakat Perancis hingga akhirnya terkenal di dunia. Anda dapat menikmati kopi dengan harga USD 79 per pound.
4. Kopi "El Injerto" - Huehuetenango, Guatemala
Kopi El Injerto berasal dari wilayah Huehuetenango, Guatemala. Telah memenangi hadiah pertama tahun 2006 Piala of Excellence. Anda boleh menikmati kopi ini dengan harga USD 50 per pound.
5. Kopi "Fazenda Santa Ines" - Minas Gerais, Brazil
Dianggap sebagai salah satu kopi terbaik dalam sejarah, kopi ini adalah yang hasil cipta terbaik Cafe Artigiano, iaitu sebuah kafe terkenal di Kanada dan dua cawangan kedai kopi di Australia. Anda dapat menikmati kopi ini dengan harga USD 50 per pound.
Tuesday, 20 December 2016
6 Manfaat Ubi Kayu
Anda pernah menyantap ubi kayu? Ubi kayu merupakan salah satu hidangan yang sangat sinonim dengan masyarakat melayu.
Mudah ditanam dengan bermodalkan potongan batang saja, dibenamkan ditanah. Tidak perlu tunggu lama, ia akan tumbuh.
Sedap direbus ataupun di goreng. Berikut merupakan khasiatnya kepada tubuh badan kita.
1. Ubi kayu membekalkan vitamin B kompleks dan kumpulan vitamin contohnya folic, acid, vitamin B1, pyridoxine, vitamin B2 serta asid pantotenat. Manfaat unsur riboflavin adalah membantu perkembangan tubuh serta menghasilkan sel-sel darah merah guna mencegah terjadinya anaemia.
2. Ubi kayu pun mampu mengurangi konsentrasi trigliserida sekaligus membekal serat yang baik. Fakta tersebut menjadikan ubi kayu boleh meredakan kemungkinan terjadi serangan jantung, stroke, kanser usus besasr dan membantu mengawal kadar gula dalam darah pada pesakit diabetis. Manfaat ubi kayu ini diperoleh dengan mengukus dan merebusnya.
3. Pada lama Nutrition and You menyatakan bahawa ubi kayu mempunyai jumlah kalori 2 kali ganda daripada kentang. Ini kerana ubi kayu adalah satu dari beberapa jenis makanan utama yang sarat dengan karbohidrat. Pada 100 gram ubi kayu terkandung 160 kalori, yang didominasi oleh gulasukrosa.
4. Bila anda ingin makanan rendah kandungan lemaknya di samping bijirin dan golongan kekacang maka anda harus memilih ubi kayu. Ubi kayu pun mempunyai komposisi protein yang tinggi bila dibanding ubi rambat, kentang ataupun pisang. Jelas ini akan sesuai untuk mereka yang sedang membina otot badan.
5. Menyembuhkan bermacam penyakit diantaranya demam, sakit sendi, luka, cirit-birit, cacing, sakit kepala dan menguatkan daya tahan tubuh.
6. Ubi kayu pun memiliki kandungan mineral penting untuk tubuh antaranya magnesium, zink, tembaga dan zat besi. Malah kadar kalium di dalam ubi kayu mencukupi untuk mencukupi keperluan harian tubuh.
Melecur Selepas Makan Biskut Naga
Biskut naga yang memberi keseronokan kepada yang menikmatinya bertukar menjadi makanan berbahaya apabila berlaku lima kes anggota badan melecur.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, biskut naga yang boleh diperolehi sekitar RM10 setiap 20 keping.
"Ramai anak muda gemar mencuba 'biskut berasap' sebab mungkin mereka rasa seronok kerana hanya memasukkan biskut dalam mulut, ia akan mengeluarkan asap seakan-akan asap rokok.
"Keseronokan itu akhirnya membawa padah apabila lidah mereka menjadi bengkak dan kulit tangan melecur dipercayai kesan daripada cecair nitrogen yang terdapat pada biskut berkenaan," katanya.
Beliau berkata, biskut yang menjadi fenomena seluruh dunia itu juga mudah didapati di sekitar pusat bandar sejak kebelakangan ini.
"Aduan pertama kita terima pada Khamis lalu apabila seorang pengguna mengalami bengkak di bahagian lidah setelah makan biskut berkenaan.
"Kemudia kita terima pula aduan daripada pengguna yang melecur di tangan selepas memegang biskut tersebut yang dipercayai ada bahan campuran berbahaya," katanya.
Menurutnya, insiden itu memerlukan perhatian serius daripada pelbagai pihak untuk mengelak lebih ramai pengguna menjadi mangsa.
"Pada saya, ini satu budaya tidak elok yang cuba dibawa masuk oleh pihak luar. Kita kena tangani perkara ini secepat mungkin demi keselamatan pengguna," katanya.
Sumber : Sinar Harian Online
Thursday, 15 December 2016
Petua Memutihkan Gigi
Berikut merupakan rawatan altenatif untuk memutihkan gigi. Cara-cara berikut adalah sesuai bagi semua untuk mengamalkannya, namun hasilnya mungkin tidak sebaik rawatan dari doktor gigi.
Antara kebaikan menggunakan petua-petua ini adalah kerana ia tidak mendatangkan sebarang kesan negatif dan merbahaya. Lagipun, ia sangat murah jika dibandingkan dengan produk-produk komersial dan rawatan daripada doktor.
Dan berikut adalah beberapa petua yang anda boleh amalkan:
1. Baking Soda
Pes baking soda, juga dikenali sebagai sodium bicarbonate boleh didapati di kedai ubat ataupun pasar raya berdekatan. Bahan aktif ini boleh menghilangkan kesan warna ke atas gigi, lantas mengembalikan warna putih gigi seperti sedia kala.
Bahan ini adalah beralkali, maka ia boleh neutralkan mulut anda yang berasid (sekiranya anda selalu makan makanan yang masam dan minum kopi).
Apa yang saya perlukan?
- Beberapa sudu teh baking soda
- Air ataupun jus lemon/limau
- Berus gigi
Arahan
Campurkan baking soda yang anda sediakan tadi dengan jumlah air ataupun jus lemon/limau yang mencukupi untuk menjadikannya satu pes. Kemudian hilangkan lebihan air liur dari mulut dan gigi anda, lakukannya dengan tisu.
Letakkan pes yang sesuai pada berus gigi anda dan terus memberus gigi dengan pes tersebut. Biarkan pes tersebut selama 1 minit (jika menggunakan jus) atau 3 minit (jika menggunakan air), kemudian bilas.
2. Minyak Kelapa
Petua ini sudah berkurun lamanya diamalkan di seluruh dunia. Mungkin pada zaman sekarang merasakan perkara ini sesuatu yang pelik, kan? Namun, kebanyakan yang pernah mencubanya mendapat hasil yang positif.
Minyak kelapa mempunyai asid laurik yang mana boleh membunuh kuman penyebab plak pada gigi. Plak tersebut adalah satu sebab gigi anda bertukar kepada warna kuning. Kaedah ini juga boleh menyihatkan gusi dan menyegarkan nafas.
Apa yang saya perlukan?
2. Minyak Kelapa
Petua ini sudah berkurun lamanya diamalkan di seluruh dunia. Mungkin pada zaman sekarang merasakan perkara ini sesuatu yang pelik, kan? Namun, kebanyakan yang pernah mencubanya mendapat hasil yang positif.
Minyak kelapa mempunyai asid laurik yang mana boleh membunuh kuman penyebab plak pada gigi. Plak tersebut adalah satu sebab gigi anda bertukar kepada warna kuning. Kaedah ini juga boleh menyihatkan gusi dan menyegarkan nafas.
Apa yang saya perlukan?
- Satu sudu teh minyak kelapa
Arahan
Pada waktu pagi, sebelum anda memberus gigi, ambil satu teh minyak kelapa. Kemudian, sapukannya di atas gigi anda. Gunakan lidah anda untuk menyapu pada bahagian belakang dan bahagian yang sukar dicapai. Biarkan selama 10-15 minit dan kemudian ludahkannya. Bilas dengan air bersih, dan kemudian berus gigi seperti biasa.
3. Kulit Buah Oren
Apabila anda mengupas buah oren, anda akan mendapati terdapat bahagian dalamnya yang berwarna putih. Kebiasaannya orang akan membuangnya, kerana tidak tahu bahawa bahagian tersebut boleh memutihkan gigi anda secara semulajadi.
Apa yang saya perlu?
- Buah oren yang belum dikupas
Arahan
Kupas buah oren tersebut, dan ambil kulitnya. Jadikannya saiz kecil dan sesuai untuk saiz mulut anda. Kemudian, gunakan bahagian putih kulit tersebut dengan menyapunya pada gigi anda. Anda digalakkan untuk mengulangi proses ini secara berkala untuk mendapat hasil yang positif.
Wednesday, 14 December 2016
Petua Elak Anak Kencing Malam
"Mama, Aiman terkencing atas katil." Aduh, bila dengar si kecil memberitahu perkara tersebut sebaik bangun tidur, rasa macam nak menjerit pun ada. Macam mana agaknya hendak mendidik anak supaya jangan kencing malam di atas katil?
Kencing malam atau 'bedwetting' ialah kencing tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil di katil di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak. Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia satu penyakit yang mesti dirawat kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Apakah Punca Kencing Malam?
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil.
Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan di waktu malam.
Tip Mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik.
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak displin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada mereka.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
Petua Hilangkan Batuk
Batuk dan selsema adalah dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Paling tidak, dalam setahun, mesti beberapa kali kita menghadapi masalah batuk dan selsema.
Pelbagai sebab dan punca dikenal pasti boleh mengundang masalah batuk ini. Disini dikongsikan petua menghilangkan batuk:
1. Mandi Dengan Air Panas
Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran pernafasan anda untuk berkembang.
2. Teh Dan Madu
Dari timur ke barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai kesan teraputik membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.
3. Pergi Spa Urut
Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.
4. Kunyit
Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masak lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh di makan panas untuk membuatkan tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk anda.
5. Air
Antara sebab kenapa anda batuk ialah kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.
6. Sup Ayam
Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan unutk merawat batuk? Kajian oleh Universiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.
7. Coklat
Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah terbaik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.
8. Menthol
Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai menthol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.
9. Tambah Bantal Apabila Tidur
Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam dan tidak lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur pernafasan anda.
10. Kebersihan Persekitaran
Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu tempat atau kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau pelbagai ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.
Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.
Wednesday, 7 December 2016
Tanam Jagung Lagi Untung!
Dia pernah menjadi juruterbang di Thailand. Apabila syarikat penerbangan itu menghadapi masalah, Ramana K Naidu, 26, pulang ke tanah air kerana mahu mencuba nasib menjadi juruterbang dengan dua syarikat tempatan.
Bagaimanapun, usaha itu tidak menampakkan sebarang 'tanda' selepas enam bulan memohon.
Sepanjang tempoh itu, Ramana resah dan cuba mencari jalan penyelesaian kerana tidak mahu menganggur terlalu lama, apatah lagi 'poketnya' semakin hari semakin susut.
"Secara kebetulan saya menemui seorang rakan dan meminta pandangannya apakah pekerjaan yang sesuai dilakukan selepas tidak lagi bertugas sebagai juruterbang di Thailand.
"Saya pulang ke Malaysia kerana negara itu menghadapi konflik dan mengambil keputusan menetap di tanah air sendiri.
"Kawan saya kemudian mencadangkan saya mengambil alih kebun seorang warga asing yang mengusahakan tanaman kacang panjang yang hampir boleh dituai," katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung Sungai Batu, Merbok, Kedah, baru-baru ini.
Menurutnya, tanaman lelaki warga asing itu hampir boleh dituai tetapi disebabkan masalah tertentu, dia perlu pulang ke negaranya dalam tempoh terdekat.
"Disebabkan itu, saya terus mengambil alih tanamannya dengan bayaran RM2,000 dan hasilnya saya menerima pulangan RM14,000 daripada keseluruhan kacang panjang yang dijual.
"Selepas memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan sayur, saya mula buka mata dan melihat pertanian adalah perniagaan tetapi yang paling penting kena berusaha dan bersungguh-sungguh," katanya.
Ramana kemudian menubuhkan syarikat Famox Agrotech Sdn Bhd untuk mengorak langkah dalam bidang pertanian selepas usahanya selama empat tahun sejak 2011 menemui kejayaan.
Beliau kini mengusahakan 81 hektar tanah pelbagai tanaman termasuk jagung bijirin, ubi kayu, timun, labu peria, kacang panjang dan sawi secara komersial.
"Saya sahut cabaran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu lihat saya berjaya dalam tanaman jagung bijirin.
"Saya mahu buktikan kepada beliau saya akan berjaya suatu hari nanti. Projek perintis tanaman jagung bijirin sudah dituai beberapa minggu lalu. Hasilnya sangat memuaskan kerana tanaman ini berjaya dilaksanakan," katanya.
Ramana berkata, dia terlintas menanam jagung bijirin kerana melihat kerajaan terpaksa mengimport bahan utama makanan ayam itu sebanyak empat juta tan metrik bernilai RM 3.2 bilion setahun.
"Saya fikir daripada kita import, apa kata saya sendiri menanam jagung bijirin. Walaupun tak besar mana, sekurang-kurangnya dapat membantu kerajaan mengurangkan jumlah import.
"Tidak ramai mahu mengambil risiko menanam jagung bijirin kerana tanaman ini masih baru di Malaysia. Tetapi saya lihat usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) membawa masuk tanaman ini cukup tepat.
"Saya diminta menjadi perintis tanaman ini di Kedah dan sudah ke luar negara bagi mellihat potensi serta mempelajari cara mengendalikannya," katanya.
Menurutnya, banyak pihak membantu dan memberi dorongan seperti Pejabat Pertanian Daerah Kuala Muda selain bapanya, P Kalaichelvan, 53, yang memainkan peranan di belakang tabir kejayaan itu.
Anak kedua daripada tiga beradik itu pernah menerima dua penghargaan iaitu Malaysia Agro Excellent Award kategori P 1 Master Agro dan Anugerah Agropreneur Muda Jaya pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah (HPPNK) pada 26 Mei lalu.
Sementara itu, Ahmad Shabery yang membuat lawatan ke ladang Ramana, baru-baru ini berkata, jika petani mampu menghasilkan 30 peratus daripada jagung bijirin negara, ia mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1 bilion.
Beliau berkata, antara negeri yang boleh dijadikan kawasan tanaman jagung bijirin ialah Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sawarak kerana tanaman itu memerlukan tempat tidak basah dan tanah rata bagi memudahkan mesin menuai melakukan tuaian.
"Ia sumber protein yang tinggi untuk makanan ayam dan jika dapat dihasilkan dalam negara, bijirin ini lebih segar dan mampu mempercepatkan pembesaran ternakan.
"Selain bijirin, batang pokok itu juga boleh menghasilkan makanan untuk lembu dan teknok ini yang kita mahu pelajari," katanya.
Mereka yang ingin menemui Raman untuk berkongsi pengalaman boleh mengunjunginya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) sehingga 11 Disember ini.
Sumber : Harian Metro Online
Tuesday, 6 December 2016
Apa Khasiat Yang Terdapat Pada Halia - 10 Kelebihan
Halia |
Halia mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Disini disertakan khasiat tersebut:
1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu unutk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan Mabuk Dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
3. Meningkatkan Penyerapan Nutrien Dalam Usus.
Halia meningkatkan penyerapan dan meransang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzim ini akan meransang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan Demam Dan Selsema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di seluruh asia. Kajian di University of Maryland Medical Centre mendapati, untuk merawat demam dan selsema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.
6. Mencegah Barah Usus.
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal ataupun usus.
7. Mengurangkan Kesakitan Dan Keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi.
8. Melawan Masalah Pernafasan Yang Biasa.
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspekotran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
9. Rawatan Kanser Ovari
Serbuk halia mendorong mematikan sel kanser ovari.
10. Menguatkan Imuniti.
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.
Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
11. Mengurangkan Morning Sickness.
Halia berjaya mengatasi ke morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
Monday, 5 December 2016
Batal Yuran Visa Haji, Umrah
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi Umrah dan Haji bermula tahun ini.
Ia susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berkenaan yuran visa itu yang disifatkan mahal.
Perkara tersebut diumumkan oleh Jawatankuara Tinggi untuk Haji dan Umrah, Nasir Toruk, lapor Alborsa News.
Selain pembatalan caj baru yang dikenakan itu, Arab Saudi juga akan memberikan dua visa percuma untuk setiap syarikat berlesen yang bekerja dalam bidang Haji dan Umrah.
Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam pelancongan agama.
Bekas Ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama, Basel Al-Sisi mengatakan bahawa pembatalan caj ini akan memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan agama.
"Ia merupakan langkah positif ke arah yang betul," katanya kepada wartawan.
Sumber : Sinar Online
Khasiat Jintan Manis Membantu Memecahkan Lemak
Jintan manis atau fennal seed adalah bahan-bahan utama dalam masakan masyarakat Melayu, India dan hampir separuh negara di Asia menggunakannya. Tanpa jintan manis maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk-lauk yang dimasak.
Namun, tahukah kita jintan manis mempunyai kehebatan tersendiri selain hebatnya dalam masakan? Jom kita cuba satu petua untuk menurunkan berat badan atau cara memecahkan lemak dengan menggunakan JINTAN MANIS.
Khasiat dan Kebaikan JINTAN MANIS
1. Jintan manis sememangnya mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan Iquercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari kanser, jangkitan, penuaan dan penyakit degeneratif neurologi.
2. Disamping itu, serat pemakanan mengikat kepada garam hempedu (dihasilkan daripada kolestrol) dan mengurangkan penyerapan semula di dalam kolon, sekaligus membantu menurukan tahap kolestrol LDL serum. Dengan oksidan anti-flavonoid + fiber dari kompisisi Jintan Manis dapat membantu melindungi lendir dari kanser kolon.
3. Jintan manis mempunyai kesihatan yang banyak memberi manfaat kepada sebatian minyak penting seperti anethole, limonene, aldehid, anisic, pinena, myrcene, fenchone, chavicol dan cineole. Prinsip-prinsip ini sangat aktif dalam herba jintan manis yang diketahui mempunyai antioksida, sistem pencernaan, dapat mengeluarkan udara, anti gas dalam perut.
4. Jintan manis sumber mineral seperti tembaga, besi, kalsium, potassium, mangan, selenium, zink dan magnesium. Tembaga diperlukan dalam pengeluaran sel darah merah. Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Zink adalah bersama faktor dalam banyak enzim yang mengawal pertumuhan dan pembangunan, menambah pengeluran sperma, penghadaman dan sintesis asid nukleik. Potassium merupakan satu kompenan penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah. Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor untuk enzim ati-oksida yang kuat dan superoxide dismutase.
5. Banyak vitamin yang penting seperti vitamin A, E, C dan B kompleks seperti thiamin, pyridoxine, riboflavin dan niasin terutamanya tertumpu dalam herba jintan manis.
6. Seperti jemuju, jintan manis adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan. 100g biji benih menyediakan 39.8g serat. Kebanyakan serat ini adalah metabolocally serat tidak larut lengai yang membantu sebahagian besar peningkatan makanan dengan menyerap air seluruh sistem penghadaman dan mengurangkan sembelit.
Cara membuat jus Jintan Manis
"Ambil 2 atau 3 sudu besar JINTAN MANIS dan rebus dengan 6 gelas air selama 20 minit.
Minum setengah gelas setiap pagi dan malam sebelum atau selepas makan. Untuk permulaan cubalah setiap malam sahaja kerana semasa tidur badan kita sedang rehat dan pada masa itulah khasiat JINTAN MANIS bekerja untuk memecahkan lemah secara perlahan-lahan. Namun haruslah lebihkan minum air masak 8 gelas setiap hari sudah mencukupi."
Subscribe to:
Posts (Atom)