Tuesday, 6 December 2016

Apa Khasiat Yang Terdapat Pada Halia - 10 Kelebihan



Halia

Halia mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Disini disertakan khasiat tersebut:

1.  Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu unutk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2.  Memulihkan Mabuk Dalam Perjalanan

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3.  Meningkatkan Penyerapan Nutrien Dalam Usus.

Halia meningkatkan penyerapan dan meransang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzim ini akan meransang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4.  Pencegahan Demam Dan Selsema.

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di seluruh asia. Kajian di University of Maryland Medical Centre mendapati, untuk merawat demam dan selsema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

5.  Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.

6.  Mencegah Barah Usus.

Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal ataupun usus.

7.  Mengurangkan Kesakitan Dan Keradangan.

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi.

8.  Melawan Masalah Pernafasan Yang Biasa.

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspekotran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9.  Rawatan Kanser Ovari

Serbuk halia mendorong mematikan sel kanser ovari.

10.  Menguatkan Imuniti.

Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11.  Mengurangkan Morning Sickness.

Halia berjaya mengatasi ke morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

No comments:

Post a Comment