Foto DroneShield
Pemilik dron berjaga-jaga! Kini sudah wujud alat yang mampu menjatuhkan dron yang tidak dikehendaki atau menceroboh ruang udara.
Menurut laporan Dailymail, alat berupa senapang yang dikenali sebagai Drone Gun tersebut dihasilkan DroneShield yang berpusat di Sydney dan Virginia.
DroneShield yang fokus kepada teknologi pengesan dron dan perlindungan berkata, alat tersebut berfungsi dengan tembakan isyarat 'jamming' yang mampu mencapai jarak sehingga dua kilometer.
Drone Gun juga mampu mengambil alih kawalan dron yang menjadi sasaran dan mengawalnya atau mendaratkannya dengan selamat.
Selain itu, Drone Gun juga menghalang isyarat dari pengawal asal mampu 'mengacau' sistem GPS dron.
Drone Gun dipercayai dicipta selepas kebimbangan terhadap penerbangan dron di kawasan terlarang dan mengganggu lalu lintas udara meningkat.
Walaupun begitu, Drone Gun masih menunggu persetujuan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) dari Amerika Syarikat untuk produksi skala besar.
Sumber : Sinar Online
Sumber : Sinar Online
No comments:
Post a Comment