Wednesday, 14 December 2016
Petua Hilangkan Batuk
Batuk dan selsema adalah dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Paling tidak, dalam setahun, mesti beberapa kali kita menghadapi masalah batuk dan selsema.
Pelbagai sebab dan punca dikenal pasti boleh mengundang masalah batuk ini. Disini dikongsikan petua menghilangkan batuk:
1. Mandi Dengan Air Panas
Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran pernafasan anda untuk berkembang.
2. Teh Dan Madu
Dari timur ke barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai kesan teraputik membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.
3. Pergi Spa Urut
Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.
4. Kunyit
Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masak lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh di makan panas untuk membuatkan tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk anda.
5. Air
Antara sebab kenapa anda batuk ialah kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.
6. Sup Ayam
Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan unutk merawat batuk? Kajian oleh Universiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.
7. Coklat
Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah terbaik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.
8. Menthol
Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai menthol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.
9. Tambah Bantal Apabila Tidur
Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam dan tidak lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur pernafasan anda.
10. Kebersihan Persekitaran
Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu tempat atau kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau pelbagai ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.
Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment