Berikut merupakan rawatan altenatif untuk memutihkan gigi. Cara-cara berikut adalah sesuai bagi semua untuk mengamalkannya, namun hasilnya mungkin tidak sebaik rawatan dari doktor gigi.
Antara kebaikan menggunakan petua-petua ini adalah kerana ia tidak mendatangkan sebarang kesan negatif dan merbahaya. Lagipun, ia sangat murah jika dibandingkan dengan produk-produk komersial dan rawatan daripada doktor.
Dan berikut adalah beberapa petua yang anda boleh amalkan:
1. Baking Soda
Pes baking soda, juga dikenali sebagai sodium bicarbonate boleh didapati di kedai ubat ataupun pasar raya berdekatan. Bahan aktif ini boleh menghilangkan kesan warna ke atas gigi, lantas mengembalikan warna putih gigi seperti sedia kala.
Bahan ini adalah beralkali, maka ia boleh neutralkan mulut anda yang berasid (sekiranya anda selalu makan makanan yang masam dan minum kopi).
Apa yang saya perlukan?
- Beberapa sudu teh baking soda
- Air ataupun jus lemon/limau
- Berus gigi
Arahan
Campurkan baking soda yang anda sediakan tadi dengan jumlah air ataupun jus lemon/limau yang mencukupi untuk menjadikannya satu pes. Kemudian hilangkan lebihan air liur dari mulut dan gigi anda, lakukannya dengan tisu.
Letakkan pes yang sesuai pada berus gigi anda dan terus memberus gigi dengan pes tersebut. Biarkan pes tersebut selama 1 minit (jika menggunakan jus) atau 3 minit (jika menggunakan air), kemudian bilas.
2. Minyak Kelapa
Petua ini sudah berkurun lamanya diamalkan di seluruh dunia. Mungkin pada zaman sekarang merasakan perkara ini sesuatu yang pelik, kan? Namun, kebanyakan yang pernah mencubanya mendapat hasil yang positif.
Minyak kelapa mempunyai asid laurik yang mana boleh membunuh kuman penyebab plak pada gigi. Plak tersebut adalah satu sebab gigi anda bertukar kepada warna kuning. Kaedah ini juga boleh menyihatkan gusi dan menyegarkan nafas.
Apa yang saya perlukan?
2. Minyak Kelapa
Petua ini sudah berkurun lamanya diamalkan di seluruh dunia. Mungkin pada zaman sekarang merasakan perkara ini sesuatu yang pelik, kan? Namun, kebanyakan yang pernah mencubanya mendapat hasil yang positif.
Minyak kelapa mempunyai asid laurik yang mana boleh membunuh kuman penyebab plak pada gigi. Plak tersebut adalah satu sebab gigi anda bertukar kepada warna kuning. Kaedah ini juga boleh menyihatkan gusi dan menyegarkan nafas.
Apa yang saya perlukan?
- Satu sudu teh minyak kelapa
Arahan
Pada waktu pagi, sebelum anda memberus gigi, ambil satu teh minyak kelapa. Kemudian, sapukannya di atas gigi anda. Gunakan lidah anda untuk menyapu pada bahagian belakang dan bahagian yang sukar dicapai. Biarkan selama 10-15 minit dan kemudian ludahkannya. Bilas dengan air bersih, dan kemudian berus gigi seperti biasa.
3. Kulit Buah Oren
Apabila anda mengupas buah oren, anda akan mendapati terdapat bahagian dalamnya yang berwarna putih. Kebiasaannya orang akan membuangnya, kerana tidak tahu bahawa bahagian tersebut boleh memutihkan gigi anda secara semulajadi.
Apa yang saya perlu?
- Buah oren yang belum dikupas
Arahan
Kupas buah oren tersebut, dan ambil kulitnya. Jadikannya saiz kecil dan sesuai untuk saiz mulut anda. Kemudian, gunakan bahagian putih kulit tersebut dengan menyapunya pada gigi anda. Anda digalakkan untuk mengulangi proses ini secara berkala untuk mendapat hasil yang positif.
No comments:
Post a Comment